Wednesday, 9 October 2013

Assalammualaikum...
Ceritanya begini.. aku memanglah single mingle tidak terikat dengan mana-mana lelaki bukan muhrim. tidak pernah berkahwin dan tidak pernah melahirkan seorang anak walaupun aku ada seorang anak lelaki yang sangat comel + handsome..
Anak ini secara genetiknya memanglah darah daging aku walaupun dia bukanlah dilahirkan dari rahim aku.
Anak ini adalah anak kakak aku yang telah aku bela dan sayang dan jaga dan asuh sejak dari kecik lagi. 
Separuh dari gaji aku memanglah dihabiskan oleh si mamat kecik ni la.. dengan bayar nurserinya, dengan susunya, dengan makan pakainya segala macam la.
inilah budaknya.. yang akan mama sayang sampai syurga..




 
Aku suka orang beri perhatian bila aku bercakap. Bukan saja telinga malah mata kepala semua setiap anggota tubuhnya perlulah ke arah aku 100%.
Bila orang ignore bila aku bercakap maksudnya dia tak berminat dengan apa yang aku nak sampaikan sebab aku akan buat macam tue bila sesuatu atau seseorang yang aku tak suka atau membosankan bercakap dengan aku.
sejujurnya memanglah perangai aku agak buruk.
hakikatnya hanya aku yang kenal diri aku.

DengarApaAkuCakap hanya disini, kau boleh pergi jika tak mahu tahu...